13 wasiat Rasulullah kepada Ali


RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak,   kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang  menarik dan boleh  dijadikan  bahan  renungan bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib.


Sungguhpun  wasiat  itu  khusus  kepada  Ali,  namun  kita sebagai  Muslim dan  muslimah, perlu menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan.

Larangan  dan  suruhan  Rasulullah  saw  melalui  wasiat  itu,  adalah  juga  untuk  kaum  Muslimin dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama  orang beriman. 

Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:

Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata:  "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"

1. Wahai Ali, takutilah  engkau   daripada   memasuki   tempat  mandi  (hammam)  tanpa  memakai 
   kain  separas  pinggang.Bahawasanya   barang   siapa   memasuki   tempat   mandi  tanpa  kain 
   separas  pinggang,  maka dia mendapat laknat (mal'un).


2. Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari  telunjuk  dan  di jari tengah'.  Sesungguhnya
    itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.


3. Wahai Ali, sesungguhnya  Allah mengagumi  hamba-Nya  yang  melafazkan istighfar: 
  "Rabighfirli fainnahu  la  yaghfirul-zunuba  illa  Anta"   ( Tuhanku,  ampunilah  aku.                      Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa  melainkan  Engkau).Allah lalu berfirman:  "Hai malaikat-Ku,sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada  yang mengampunkan  dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".


4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya  berdusta  itu  menghitamkan muka
  dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta).Dan,  bahawasanya  benar  itu  memutihkan
  muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq.Ketahuilah engkau,  bahawasanya  sidq (benar)  itu
  berkat dan kizb (dusta) itu celaka   

5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur  dan  menjadi  penghalang  kepadanya di pintu syurga.

6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar,  kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.

7. Wahai  Ali,  janganlah  engkau   mencita-citakan  rezeki  untuk  hari  esok.  Bahawasanya   Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan  berkelahi  dengan  maki-hamun  dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.

9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi.   Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa  makanan di celah  gigi  tidak dicolek selepas makan.

10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul  rasa marah,  duduklah  engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan  kesabaran  Allah Taala ke atas hamba-Nya.   Pertahankanlah diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang  telah  engkau  nafkahkan  untuk diri
     engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.
 
               
12. Wahai Ali, apa yang engkau  benci pada  diri  engkau,  maka  engkau  bencikan  juga  pada  diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka  engkau  kasihkan juga  pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman.   Dengan itu, engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

13. Wahai Ali, perbaikkanlah  perhubungan  di antara  penduduk (jiran) sekampung  dan  antara  ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka  sekaliannya  dengan rasa  persahabatan dan kekeluargaan,nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.

Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan. InsyaAllah 

Islam pada awalnya asing dan akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing....

sambungan..

perginya seorang ulama' al-azhar...

DUBAI (Reuters) - Egyptian religious leader Sheikh Mohamed Sayed Tantawi, the head of al Azhar, has died on a visit to Saudi Arabia, Al Jazeera television reported on Wednesday, quoting its correspondent. Al-Azhar, one of the most prominent seats of Sunni Islamic learning in the Muslim world, has schools, universities and other educational institutions across Egypt.



Cairo - Sheikh Mohamed Sayed Tantawi, the head of Egypt's most prestigious seat of Islamic learning al-Azhar, died of a heart attack on Wednesday during a visit to Saudi Arabia, religious officials at al-Azhar said. He was 81.
Abdullah el-Naggar, advisor to the sheikh, told Egypt's Nile News television the death was a surprise, saying that before leaving to Saudi Arabia the sheikh had seemed in "excellent shape and health."

A member of Tantawi's office, Ashraf Hassan, told Reuters that Mohamed Wasel, Tantawi's deputy, was expected to temporarily take over leading the institution until the Egyptian president appointed a new head for the body.

Al-Azhar, which runs schools, universities and other educational institutions across Egypt, receives most of its funding from the state.
When he was appointed in 1996, Tantawi was viewed as having relatively liberal views on issues such as women's rights but had been criticised by some for toeing the government's line.
In office, he opposed female circumcision as not an Islamic practice and took a stand against the full veil, or 'niqab', that completely covers the face.
Tantawi issued a religious edict last year barring the niqab in al-Azhar-run all-girl schools.

A Saudi source familiar with the situation said Tantawi died of a heart attack in the Saudi capital on Wednesday. - Reuters

sambungan..

Tazkirah : Guna harta untuk dunia, akhirat

SAAD bin Musa al-Ansari bercerita: Pada satu hari ketika pulang daripada perang Tabuk beliau bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Ketika itu Rasulullah melihat tangan Saad yang kulitnya hangus kehitaman.

Kemudian Rasulullah bertanya kepada Saad, "Apa yang terjadi kepada tangan kamu? Jawab Saad: "Aku mencangkul tanah untuk menanam pokok demi mencari nafkah buat keluarga aku."

Lalu Rasulullah mengambil tangan Saad kemudian menciumnya sambil bersabda: "Inilah tangan yang tidak disentuh api neraka." Dalam riwayat lain: Selepas mencium tangan Saad, Nabi bersabda: "Inilah tangan yang dicintai Allah dan Rasulullah."

Ketika kita membaca hadis ini, kita sebenarnya patut sedar bagaimana Rasulullah yang agung itu boleh mengambil tangan Saad iaitu seorang orang biasa.

Apa istimewanya kulit yang hitam, keras dan melepuh itu dalam Islam? Kemudian apa kaitannya dengan risalah Rasulullah s.a.w? Seolah-olah ada kaitannya; cangkul dengan agama dan syurga.

Jika dilihat tangan yang melepuh itu adalah disebabkan kerja yang dilakukan. Kerja pula adalah perkara dunia dan mencari nafkah juga soal dunia. Makanan yang dimakan pula akhirnya akan bertukar menjadi najis.

Ini menggambarkan seolah-olah Rasulullah s.a.w mahu memberitahu dunia dan akhirat perlu dipertemukan serta saling melengkapi.

Apakah dengan bekerja itu kita boleh masuk syurga? Inilah paradigma yang kini disalah erti serta disalah anggap berkenaan hakikat dunia apabila sudah berlaku pemisahan antara dunia dan akhirat.

Atas sebab itu generasi umat Islam pernah ketinggalan jauh di belakang kerana memisahkan dunia dengan akhirat. Ada pula yang terlalu mengutamakan kerohanian yang sesat sehingga mengatakan Islam agama yang tidak memerlukan dunia.

Kedengaran juga ada yang mengatakan dunia buat orang kafir menyebabkan kita terus ketinggalan sehingga agama itu tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Bagi rakyat Malaysia matlamat menuju menjadi sebuah negara maju pada 2020 kian hampir, tetapi yang ditakutkan apabila kedua-duanya kosong, dunia tidak dapat dan akhirat pun begitu juga.

Mengikut sejarah peradaban Islam lampau, memang jelas membuktikan kefahaman yang dibina berdasarkan hadis Nabi terbukti berjaya.

Mereka berebut mencari dunia bagi membina agama. Dapat disimpulkan mereka membuktikan harta adalah satu perkara mulia jika dimiliki orang yang soleh.

Cuma yang tinggal adalah bagaimana dunia yang kita idam dan impikan itu hendak ditukarkan supaya boleh digunakan di dunia dan di akhirat.

Terdapat enam syarat jika kita penuhi, kita bakal bergelar VIP dunia dan akhirat serta menjadikan kita sentiasa beribadat selama 24 jam sehari semalam.

1. Ikhlas

Untuk mendapatkan keikhlasan seseorang itu perlu menetapkan di hati mereka setiap perkara yang dilakukan itu adalah kerana Allah. Ini kerana Allah Maha Mengetahui setiap perkara. Jadi tidak perlu riak dan hendaklah berusaha melakukan sebaik mungkin kerana semua amalan akan dihitung di hadapan Allah kelak.

2. Semua perkara yang diusahakan hendaklah berasaskan sumber yang halal.

Ini termasuk kita perlu mematuhi segala bentuk syariat yang ditetapkan serta berlandaskan undang-undang negara.

3. Melalui proses yang betul

Kita perlu meneliti sumber setiap pekerjaan dan mengelak daripada mencuri tulang serta mengambil harta orang lain. Selain itu jauhkan diri daripada bersikap tamak serta hasad dengki sesama manusia.

4. Pekerjaan hendaklah dibuat secara betul

Kita tidak boleh sesekali melakukan kerja dengan sambil lewa. Jadi kita perlu mengerah seluruh tenaga bagi memungkinkan kita menghasilkan kerja yang terbaik.

5. Menekankan prinsip dan disiplin tinggi dalam pekerjaan

Biar apa pun desakan kerja yang kita hadapi pastikan kita tidak sampai melanggar perkara yang ditegah agama. Pastikan juga kita sentiasa menjaga solat dan menutup aurat.

6. Gunakan hasil yang diperoleh secara bijaksana

Setiap kejayaan yang diperoleh hendaklah disalurkan bagi faedah bersama. Kita ditegah menggunakan kuasa yang dimiliki dengan berbuat zalim serta merendah-rendahkan orang lain.

Kesimpulannya, harta yang mulia adalah dengan menikmati segala kekayaan seperti kesihatan, harta benda, jawatan serta kuasa itu bagi meningkatkan ketaatan serta keredaan kepada Allah s.w.t.

sambungan..